Skip to main content

HINDARI DOSA-DOSA BESAR

Dalam bahagian ini, murid akan mempelajari hadith berkenaan dosa-dosa besar yang disebutkan oleh Nabi SAW. Berikut merupakan hadith tersebut:
(Klik gambar di bawah untuk mendengar bacaan Hadith) 

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW?

Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah melainkan dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita yang beriman yang suci  melakukan perbuatan zina.”

Maksud potongan Hadith:

(Klik kotak-kotak di bawah untuk mendengar bacaan potongan Hadith):

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ
Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan
قَالُوْا يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا هُنَّ
Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah perkara itu
قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ
Baginda bersabda: Syirik kepada Allah dan sihir
وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran
وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيْمِ
Makan riba dan makan harta anak yatim
وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ
Lari dari medan perang
وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ
Menuduh wanita beriman yang suci melakukan zina

Comments

Popular posts from this blog

7 Jenis Dosa Dosa Besar

Hindari Dosa Besar - Pendidikan Islam Tingkatan 4 👨‍🏫 Ahlan! Bidang Hadis Pendidikan Islam Tingkatan 4 Hindari Dosa Besar Kenali dan Hindari 7 Pemusnah Amalan 🧕 Marhaban! 1. Syirik Syirik Jali: Menyekutukan Allah pada zat, sifat dan perbuatan. Syirik Khafi: Melakukan amalan bukan kerana Allah (Riya'). 📖 Dalil & Terjemahan وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (لقمان: 13) مقصودڽ: "دان (إيڠتله) كتيك لقمان بركات كڤد انقڽ، سماس اي ممبري نصيح...

HINDARI DOSA BESAR TINGKATAN 4

Pendidikan Islam Tingkatan 4 - Hindari Dosa Besar 👨‍🏫 Ahlan! Bidang Hadis Pendidikan Islam Tingkatan 4 HINDARI DOSA BESAR 🧕 Marhaban! JAUHI 7 DOSA BESAR INI! Kupasan Hadis Tingkatan 4 - Kenali dan Hindari Pemusnah Amalan 1. Syirik Syirik Jali: Menyekutukan Allah pada zat, sifat dan perbuatan. Syirik Khafi: Melakukan amalan bukan kerana Allah (Riya'). Lihat Dalil ...إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (لقمان: 13) ▶️ Audio Dalil 2. Sihir Maksud: Perbuatan memudaratkan orang la...