Dalam bahagian ini, murid akan mempelajari hadith berkenaan dosa-dosa besar yang disebutkan oleh Nabi SAW. Berikut merupakan hadith tersebut: (Klik gambar di bawah untuk mendengar bacaan Hadith) Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA , bahawa Nabi SAW bersabda: “Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir , membunuh jiwa yang diharamkan Allah melainkan dengan kebenaran, memakan riba , memakan harta anak yatim , melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita yang beriman yang suci melakukan perbuatan zina.” Maksud potongan Hadith: (Klik kotak-kotak di bawah untuk mendengar bacaan potongan Hadith): اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan ...
Comments
Post a Comment